4/27/2012

Bas, pokok & belalang


Isnin, 23 April 2012, 4.30 ptg


“Celaka punya RapidKL. Taknak berhenti.” Bentak hati kecilku. Setelah bersusah payah aku merentas jalan raya separa lebuh raya ini untuk pergi ke perhentian bas yang berdekatan, kau boleh tak nak berhenti mengambil aku sebagai penumpang setia kau. Cis! “Lepas ni aku takkan naik lagi RapidKL. Baik aku naik bas Metro yang ‘biadap’ tu.” Aku pun mengheret kakiku ke perhentian bas yang terdekat. Perhentian bas yang baru sahaja dibina berdasarkan kepada pemerhatian ku. Binaan yang masih elok. Cat yang baru sahaja diselaputkan dan kawasan sekitar yang masih tidak mempunyai rumput serta terdapat batuan kerikil yang bertaburan. Kalau tungu di stesen bas pasti peluang untuk bas berhenti lebih tinggi. Yes! Bijak!

Sedang aku menunggu ketibaan bas – samada Metro ataupun RapidKL, aku bermundar-mandir di sekitar kawasan perhentian bas. Mengamati dan emmerhati kawasan nsekeliling. Manusia, haiwan dan tumbuhan. Tingkah laku manusia adalah perkara yang bagiku amat menarik untuk diperhatikan. Aku tidak duduk menunggu di perhentian bas yang baharu dibina itu, tetapi aku menunggu sambil berteduh di bawah sebatang pokok yang rendang lagi meneduhkan. Cuaca amat panas. Amatlah tidak sesuai untuk menunggu di perhentian bas yang mempunyai bumbung barang ‘sejemput’. Amat memeritkan dan menambahkan pegeluaran peluh.

Ahhh. Pokok ini sesuai untuk dijadikan perhentian bas. Teduh dan selesa. Cuma letih berdiri kerana  tiada kerusi. Dalam suasana redup dan ditambah dengan haruman dari longkang yang berhampiran, aku terfikir sejenak. Alangkah bagusnya jikalau poko yang rendang sebegini ditanam disepanjang laluan pejalan kakai yang dibina ini. Meneduhkan dan membantu meringankan beban si pejalan kaki. Cuaca Malaysia yang sememangnya panas ini amatlah tidak mesra pejalan kaki sekiranya pokok-pokok tidak ditanam bagi menjadi teduhan para pejalan kaki. Para pejalan kaki adalah antara insan yang bagi aku patut mendapat anugerah dan pangkat diraja kerana sumbangan mereka terhadap alam sekitar dan membantu mengurangan tahap pencemaran alam. Bukannya mereka yang berperut buncit yang memandu kereta untuk membeli surat khabar di kedai berhampiran rumah.

Aku menunggu sambil memerhatikan keadaan trafik. Menunggu lampu bertukar menjadi hijau bagi membolehkan pengguna laluan ke Kota Damansara bergerak ke destinasi yang dituju. Lama juga masa yang diambil bagi mendapat giliran ‘menggunakan’ lampu hijau. Sedang aku bersyukur dengan nikmat redup yang aku perolehi, terlihat akan ku suatu perkara yang amat menarik minatku terbaring dan terbujur kaku di atas tanah berhampiran dengan tempatku berdiri. Belalang kunyit. Aku tidak pasti akan nama sebenar atau pun nama saintifik bagi spesis belalang ini, namun apa yang pasti adalah memori kanak-kanakku bersama belalang spesis ini.

Dalam beberapa saat sahaja, aku terkenang akan memori lampau yang telah lama terbenam di dasar ingatan ini. Seperti kebanyakan filem-filem Hollywood, aku menarik muka berkerut mengingatkan kembali perkara yang telah terjadi diantara aku dan belalang ini. Aku tidak begitu yakin samada kanak-kanak yang sebaya denganku mempunyai kenangan tersendiri dengan belalang ini. Ketika di sekolah rendahku dahulu, belalang kunyit amatlah terkenal, lebih terkenal dari guru besar kami. Namanya disebut-sebut hampir setiap hari, lebih banyak disebut dari nama pelajar yang paling bermasalah di sekolah kami. Belalang ini mempunyai saiz yang agak besar jika hendak dibandingkan dengan sepsis belalang yang lain. Warnanya yang kuning terang serta tompokan hitam yang bertaburan diatas badannya menampakkan warna dan tekstur istemewa bagi belalang tersebut. Bonjolan-bonjolan duri yang terdapat pada ‘kaki lompat’ belalang tersebut menonjolkan lagi sifatnya sebagai nama jolokan Raja Belalang.

‘Dia’lah yang terhebat, menjadi rebutan ramai teruna di saban hari. Mereka yang mampu ‘menawan si ‘dia’ akan dipuja-puja oleh para pelajar lelaki yang lain. Ini kerana bukan mudah bagi seseorang yang tidak mempunyai pengalaman serta kemahiran untuk menangkap Sang Raja ini. Refleksi yang tangkas, lompatan yang jauh serta senjata yang sentiasa tersedia di kaki menyukarkan lagi seseorang itu untuk menangkap Sang Raja ini. Kebiasaannya peluang yang diberi hanyalah dua hingga tiga kali sahaja sebelum Sang Raja terbang jauh meninggalkan kawasan sekolah dan hilang dari pandangan para penangkapnya.

Ini adalah ketika Sang Raja menjadi buah mulut orang ramai. Ketangkasannya dikagumi oleh segenap kanak-kanak. Bilangannya masih banyak. Kelibatnya kelihatan hampir setiap  minggu. Kini setelah lapan tahun aku meninggalkan perkarangan sekolah tersebut, barulah aku berjumpa semula dengan cucu cicit keturunan Sang Raja ini. Saiznya sedikit kecil jika dibandingkan dengan ingatanku terhadap si `dia’, warna kuning dan tompokan hitam yang bertaburan di atas tubuhnya masih kelihatan jelas melirikkan mataku yang memandang, duri dikaki mu masih tertimbul menunjukkan pertahanan yang dikurniakan kepadamu. Tapi apa yang membezakan adalah engkau yang dahulu terbang bebas memilih pokok untuk dihinggapi. Engkau yang sekarang terbujur kaku tidak bernyawa di bawah teduhan redup pokok ini.

Dimana kau Sang Raja? Masih wujudkah keturunan mu itu? Masih tangkaskah kau seperti dulu? Masih mampu melompat jauhkah dikau? Di mana kau. Benarkan aku bertemu semula dengan mu. Berikan aku peluang sekali lagi untuk melihat kehebatanmu. Sekali lagi untuk mengagumi kamu.

4/19/2012

Watak & Perwatakan

BAHNGANG
Statement bodoh mamat ni : 


"Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila
berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati"














MAT BACHUL
Benda Bachul yang dilakukan :


Datang ramai-ramai kacau tempat orang
Pukul orang tengah-tengah malam
Pukul orang tengah tidur
Pukul perempuan
Menjerit tak tentu pasal macam anjing
Kurang ajar macam mak bapak diorang
Musnahkan barang milik orang lain
Pukul ramai-ramai (kalau berani sangat one by one la)






PEMEGANG TELOR
"Kami takut nyawa kami terancam"


Dah boleh geng dengan mat bahngang.
Engkau tu polis. Kena la berani.
Tak nak nyawa terancam keje la cuci toilet.
Taik & urine je yang menjadi ancaman.
Tengok orang kena pukul tu keje bodoh.
Keje polis tangkap orang yang memukul.




YOUTUBE
Yang ko pergi block aku nak tengok video semalam apahal.
Bukan video ni yang ko kena block.
Mat-mat bacul, bahngang & pemegang telor ni yang ko kena block akaun dorang.
Orang nak tengok pe yang jadi semalam.
Benda ni takde kaitan ngan ko punya Terms of Service.
Ni tentang Human Rights.
Kalau tak nak ada violant act yang di upload, tegakkan Human Rights.
Video mak cik-mak cik, pak cik-pak cik, abang-abang, adek-adek, awek-awek gado kat
dalam Youtube takde plak ko nak block.
 Apa punya tolol ko punya Terms of Service.






MAT SEMBANG
Statement kencing :
http://www.malaysiakini.com/news/195415


Jangan lah ingat aku nak percaya apa yang ko cakap
Dulu time pilihanraya kecik betol samseng ko bila ada geng
Kau dengan geng ko pon takde beza la
Kulit sama, perangai pun sama

Mat Bacul & Pemegang Telor


 20-30 thugs are surrounding the encampment. There kick things,ambush people, they kick and shout at anyone w camera.
 2 ppl were attacked, dragged & beaten up by the thugs.

Semua tent musnah dihentam pekida geng. Mahasiswa dan masih stay dengan tenang!

There are a lot of things being destroyed by them, esp. recording devices. 

Khemah2 dimusnah, barang2 spt kamera banyak yg dirampas pihak pekida. Aku ada nampak sorang pegang pistol 

 
Even girls were not spared from being beaten. Some ppl were sleeping in tents & they kicked while ppl were in it 


3.23 a.m.  19 April 2012
                Panggilan masuk dari akaun Twitter aku. Peserta demo bantah PTPTN dan ahli Occupy Dataran diserang! Kaget sebentar. Ai, semalam tak jadi nak serang, serang hari ni pulak. Pengecut. Baca punya baca update dari para demonstrate dan para Occupier rupa-rupanya samseng yang serang. Tengah-tengah malam orang tidur layan mimpi boleh pulak ko serang. Betul-betul samseng. Kalau samseng betol serang la tengah-tengah hari. Hari pun cerah, orang tak tidur. Samseng jadah pe serang tengah-tengah malam.

                Mulalah aku nak tau lebih lanjut tentang cerita ni. Berkali-kali aku scroll. Berkali-kali aku bukak tab baru. Ada update dari twitter Occupy Dataran, Adam Adli & para demonstrate. Seriously, ni memang samseng shit. Samseng upah punya. Ada saksi yang cam salah sorang ‘mat bacul’ tu pemuda umno. Kantoi. Umno amek ‘mat bacul’ jadi ahli. Based on update twitter para demonstrat, ‘mat-mat bacul’ attack individu yang ada kamera, videocam & benda-benda yang boleh merakam. Betol-betol bacul. Para demontrat yang tengah tidur kat dalam khemah semua kena sepak, kena tengking, kena herdik, kena pukul. Tak kira la kau perempuan ke, lelaki ke, pakai tudung ke, ada yang pakai purdah pun tak terlepas dari kena tibia ngan ‘mat-mat bacul’ ni. Betol punya bacul.Konfirm tak sunat ‘mat-mat bacul’ ni.

                Saksi kata polis ada kat tempat kejadian, tapi tak buat apa-apa. Tengok je. Polis kata dorang takut nyawa terancam. Takut nyawa terancam jangan la jadi polis. Bahngang punya makhluk. Jadi cleaner toilet la, takde siapa-siapa yang ancam. Tahi & air kencing manusia je yang jadi ancaman buat korang. Polis pun satu, sama-sama pakat wat keje palat ni. ‘Mat-mat bacul’ umno & pengkida pukul orang tengah-tengah malam, ‘mat-mat bacul’ pdrm datang tengok pegang telor tahan sejuk. Alaa, bodohnya drama ni. Gerak Telor Malaysia. Bayar 2-3 ringgit sanggup pergi pukul orang, tengok orang kena pukul tengah-tengah malam. Bahngang punya makhluk.

mamat yang punya baik & stylo ni pun dorang  pukul.

                Lagi berita baru masuk, lepas demonstrate buat count head, dorang perasan 2 individu hilang. Saksi pun memang nampak 2 individu kena tangkap. Tak tau bawak pergi mana. Tapi sampai sekarang tak dengar cerita. Kalau pukul one by one takpe, ni mesti jenis pukul gang bang – pukul ramai-ramai. Barang-barang memang semua rosak, penyamun tengah-tengah malam ni musnahkan barang je, tak amek barang. (Berita baru masuk : barang-barang banyak yang hilang. Dasar penyamun. Amek bukti rakaman sekali ngan kamera. Lakhanat) Dorang dah kena suap 2-3 ringgit sekali roti canai sekeping. Kenyang da perut. Ada yang cedera teruk. Sorang demontrat kena angkut ngan ambulan. Maybe cedera parah. Maklumlah, ‘mat-mat bacul’ punya kerja.

barang-barang memang hancur, jangan cakap la.
Hasil seni KL Gangster

                Tapi apa yang penting aku dah tengok satu video sebelum kejadian serangan ‘mat bacul’ di tengah malam. Walaupun sekejap takpe, mesti de video yang akan menyusul lepas 8-9 pagi ni. Buatlah macam mana pun, rampas kamera, pecahkan kamera, pukul orang tengah malam, tengok orang kena pukul sambil maen telor, rosakkan barang orang, jadi KL Gangster, last-last “Truth will prevail”. Satu dunia akan tengok keganasan korang, esok mesti penuh dataran dengan manusia. Bantuan mesti akan datang dari pelbagai celah dan sudut. Benda ni akan jadi benda panas selain Bersih 3.0. Kita tungu dan lihat. Bukan lihat orang kena pukul tengah-tengah malam, tapi kita lihat sejauh mana cita-cita ‘mat bacul’ nak jadi KL Gangster akan pergi.

                Last sekali sebelum aku log out twitter, para demonstrat semua bersetuju untuk stay kat Dataran Merdeka. Salute! Ni ground zero dorang. Kena pertahan sampai mati. Biar apa pun yang jadi, jangan gadaikan maruah seperti ‘mat-mat bacul’ & ‘pemegang-pemegang telor’ ni. Respek korang semua. Fahmi Reza, Occupier Dataran, Adam Adli, Mahasiswa Malaysia, para demonstrat. Dorang jugak mintak jasa baek semua rakyat Malaysia supaya turun setiap hari ke Dataran, pertahankan kem sebab mungkin ada serangan lagi. Kita tak tau bila tapi kena sentiasa berhati-hati. So mana-mana rakyat Malaysia yang da kelapangan tu pergi la jenguk para demonstrat muda kita. Sokongan amat-amat lah diperlukan. Singgah sekejap lepas kerja pun tak pe. Jangan rushing-rushing balik rumah, jalan kat KL mesti jem punya. Pergi melawat anak bangsa kita yang berjuang. Last words, "they can kill the protestors, but they can’t kill the protest!"


maklum lanjut & lebih detail :

more pictures : 


4/09/2012

Awesome conversations!

Read and learn. Do not forget to understand it too.

http://www.newyorker.com/online/blogs/culture/2012/04/how-muslims-view-easter.html

Kenapa potong line internet aku?



Aku baru sahaja sampai dari Perak. Penat masih terasa. Keringat didada masih belum kering. Menghabiskan masa tiga tahun belajar di negeri orang. Melanjutkan pelajaran ke universiti kangkong. Akhirnya ttiba masa untuk berehat dan bekerja mencari sesuap nasi. Tiba sahaja di rumah aku terus menerjah ke arah komputer. 'Mahu online' sepertti mana kata anak muda sekarang. Di rumah sewa ku di Perak keadaan tidak berapa memberansangkan. Ini kerana line internet telah pun dipotong sejak dari 26 Mac yang lepas. Berpunca dari kegagalan untuk membayar bil selama dua bulan. Setelah kes pemottongan internet sebanyak beberapa kali di rumah sewa ku, aku terfikir dan aku mengajak member-member rumahku berfikir. Alangkah bagusnya jika internet bukanlah suatu yang disenaraikan sebagai 'keinginan' tetapi lebih kepada 'keperluan harian'. Pada tahun 90'an dan awal tahun 2000 dahulu mungkin internet merupakan suatu kemewahan ataupun keinginan yang tidak tersenarai sebagai keperluan harian hidup. Berbeza pada hari ini. Kadang kala manusia tidak perlu makan dan minum apabila melayari internet. Cuma berehat sebentar untuk kencing dan berak sahaja. Makan dan minum boleh diselesaikan pada keesokan hari nya. Oleh itu kami berpendapat agar internet diberi percuma kepada semua rakyat Malaysia yang tinggal di bandar, pinggir bandar, desa, kampung, pedalaman dan di tengah-tengah hutan. Sepatutnya sebagai negara yang mempunyai pelbagai syarikat telekomunikasi dan internet mampu menyediakan ruang jalur lebar yang merangkumi seuruh negara. Tidak ada satu pun kawasan dimana ruang jalur lebar tidak mampu diberikan. Bukan aku ingin mengatakan semua benda harus diberi percuma. Cuma talian internet diberikan percuma pada semua rakyat pada kadar yang terendah. Bagi rakyat yang berpendapatan lebih, mereka boleh meningkatkan taraf jalur lebar melalui pembayaran kepada syarikat telekomunikasi. Bukankah mudah dan maju pemikiran begitu. Ini tidak, semua benda hendak berbayar. Itulah, bila diberitahu bodoh tidak ingin ke sekolah, tetapi bila besar ingin menjadi pak menteri. Cadangan ini bukan lah angan-angan Pak Lebai semata-mata. Malaysia negara yang kaya-raya seperti Qarun. Tidak mungkin perkidmatan seperti ini tidak dapat disediakan setelah lima puluh tahun merdeka. Internet satu keperluan. Dunia baharu tanpa sempadan. Dunia baharu gedung ilmu. Dunia baharu mencari rezeki. Dunia baharu kehidupan.

10/20/2011



SELAMAT MENYAMBUT HARI HARTAL YANG KE 64
KEPADA SELURUH WARGA TANAH MELAYU
20 OKTOBER 1947

KULI BATAK & KRONI

10/18/2011

Jangan Buat Kerja Bodoh

Sender : 66300
RM 0.00 KLIP 3GP penuh dengan ghairah, shiok & seks!
Hantar ON 3GP ke 33387 dan tontoninya sekarang!

Dulu industri filem Malaysia penuh dengan cerita hantu dan cerita bodoh.
Sekarang dah mula nak penuh dengan cerita-cerita dalam kelambu pulak.
Alang-alang baik terus buat filem BAPAK KAU ROMEN MAK DIA.
Kalau ada untung badan lepas ni boleh la tengok filem binatang beromen pulak.
Otak ada tapi filem-filem bodoh yang diterbitkan.
Nama je PENGARAH tapi sebenarnya KAKI KARUT.
Baik blender otak bagi anjing makan.
Paling kurang ada jugak binatang kat dunia ni yang kenyang makan benda bodoh tu.

MAKHLUK BODOH

3/23/2011

A Dictator In The House


Mamak's new book
but the same old shite